Qurban & Aqiqah di Kemboja

Filled Under:

7 Tips Terbaik Menulis Tentang Pengarang [Bonus Widget]

Amirul Hakim: Danial, macam mana kau buat widget tentang pengarang dalam entri Cabaran #HTML5: Alternatif Kod Center itu?

Danial Abdul Rahim: Oh, yang itu. Senang nak buat :)

Amirul Hakim: Boleh kau tolong ajar aku?

Danial Abdul Rahim: Ajar? Hmm, aku rasa lebih baik tulis dalam blog kau.

Amirul Hakim: Bila?

Danial Abdul Rahim: Insya Allah secepat mungkin :)

Sebagaimana yang anda baca, saya nak buat satu tutorial tentang bagaimana letak widget Tentang Pengarang dalam entri.

Sejujurnya memang mudah nak letak widget dalam post. Namun ada satu halangan iaitu bagaimana menulis Tentang Pengarang yang betul lagi tepat.

Maka, entri inilah jawapannya :)

7 Tips Terbaik

1.) Buat Ia Jadi Ringkas dan Padat

Apabila anda menulis Tentang Pengarang, pastikan ia ringkas dan padat. Tulis apa yang penting sahaja.

Sebagai contoh:

Social Triggers
Seorang serial entrepreneur yang bijaksana!

Apa yang anda lihat, beliau tulis dalam bentuk ayat yang pendek. Tidak perlu ayat yang panjang-panjang.

Kenapa?

Sebab ayat yang pendek orang senang ingat lalu orang susah lupa siapakah penulisnya.

2.) Bergambar

Senyum tak perlu kata apa-apa.

Apabila anda mahu meletakkan gambar pada Tentang Pengarang, gunalah gambar anda yang sedang senyum sebagaimana contoh tadi. Senyuman yang terukir di wajah anda akan berjangkit kepada si pembaca lalu dia juga akan senyum.

Bila senyum si pembaca juga akan memikirkan anda seorang yang positif lagi boleh dipercayai.

Apa yang penting ialah senyuman yang terukir pada wajah anda haruslah ikhlas. Kenapa? Senyuman yang "nak tak nak" membolehkan si pembaca membuat andaian yang negatif.

Cuba bayangkan, orang dipaksa senyum. Bagaimanakah rupanya? Adakah cantik? Adakah menawan? Ataupun seperti "ayam berak kapur"? Anda yang menentukan.

Konsepnya mudah sahaja. Senyum perlu ikhlas maka kepercayaan si pembaca hadir dalam hatinya.

3.) Tentang [Nama Anda]

Tentang Danial Abdul Rahim

Apabila menulis Tentang Nama anda, pastikan ia nama sebenar dan dipendekkan menjadi lebih  bergaya.

Sebagaimana nama penuh saya ialah Muhammad Danial bin Abdul Rahim dipendekkan menjadi Danial Abdul Rahim. 3 perkataan yang bermakna lagi menyenangkan.

Jangan takut untuk pendekkan nama anda. Nama yang panjang menyukarkan pembaca mengingati siapakah pengarang itu.

Biar pendek, asal mudah ingat dan mudah disebut.

4.) Selesa Dibaca

Terkejut dibuatnya, font terlalu kecil lalu menyukarkan pembaca membacanya. Sungguh malang sekali, bila tidak dibaca maka Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Terlupa nak besarkan sedikit fontnya. Seharusnya, font mesti bersaiz 14px hingga 16px. Dan line height mestilah tinggi sedikit(Saya suka 1.5).

Jangan takut pada ruang putih, ia tidak merugikan anda. Malah memberi keselesaan kepada si pembaca.

5.) Letak Profil Laman Sosial

Untuk menggunakan ruang sebaik-baik mungkin maka letaklah link profil laman sosial anda atau link Facebook Fan Page. Anda cuma boleh letak satu laman sosial sahaja.

Kenapa?

Kerana satu itu sudah memberi keputusan yang memberansangkan. Katakanlah, anda letak 3 link laman sosial, pasti pembaca hanya pilih satu punya.

Sama juga apabila memilih pakaian. Kalau ada pakaian hanya warna biru, maka pembeli akan membeli warna biru itu sahaja. Kalau  ada pakaian yang ada warna lain selain biru pasti sukar membuat pilihan.

Jadi, mana yang lebih penting bagi anda? Twitter? Google+? Atau Facebook?

Saya pilih Facebook Fan Page ;)

6.) Biar Sama Asal Pembaca Ingat

Kunci pengaruh kekal abadi. Bila kita lalu jalan yang sama, setiap hari. Minggu demi minggu, bulan demi bulan. Maka secara semula jadinya kita sudah terhafal jalannya.

Mudah dan senang. Tidak perlu diubahsuai banyak kali melainkan perubahan yang tidak dapat dielakkan. Seperti anda menjadi seorang atuk ataupun anda berjaya mencapai apa yang telah ditulis.

7.) Berapa Per 10?

Tulis dahulu Tentang Pengarang. Sebagai contoh saya punya:

Seorang pencinta Islam yang berjiwa seni. Peminat Dr. Azizan Osman. Pengasas Seni Bina Blog. (Bakal)Jutawan Blogger Malaysia pada Jun 2021.

Agak-agaknya, berapakah undian yang anda akan berikan?

Saya rasa, 8/10.

Kalau anda berikan undian pada Tentang Pengarang kurang daripada 6, kenal pasti apakah sebab anda bagi 6?

Contoh soalan: Kenapa saya undian 6?

• Sebab ayat terlalu panjang
• Tidak menarik untuk dibaca
• Dan sebagainya

Pastikan anda lepas daripada 6/10.

Bonus Widget

Maka bahagian terakhir yakni Bonus Widget Tentang Pengarang.

Tutorialnya saya buat mudah dan ringkas.

1. Pergi ke Blogger Dashboard.

2. Klik pada "Posts"

3. Pilih mana-mana entri dan klik pada tajuk entri tersebut.

4. Bila sudah masuk entrinya, maka klik pada tab "HTML"

5. Pergi pada bahagian bawah sekali. Pada akhir kod.

6. Selang dua baris(Tekan enter 2 kali).

Selang 2 baris
Klik pada gambar untuk lebih jelas

7. Dan anda copy kod di bawah lalu ubahsuai apa yang patut:

Tentang Danial Abdul Rahim

Pencinta Islam yang berjiwa seni. Peminat Dr. Azizan Osman. Pengasas Seni Bina Blog. (Bakal)Jutawan Blogger Malaysia pada Jun 2021

Follow saya di Facebook |
Lawat blog saya →

8. Copy dan pastekan dalam notepad.

9. Pengubahsuaian:

ABC - URL Blog
• Gantikan URL yang telah di-highlight dengan URL blog anda.

ABC - Nama Pengarang
•  Gantikan nama saya dengan nama anda.

ABC - URL Gambar Profil
• Gantikan URL gambar saya dengan URL gambar anda yang comel ;)

ABC - Tentang Pengarang
•  Gantikan dengan ayat Tentang Pengarang dengan anda punya.

ABC - Laman Sosial
• Facebook - Gantikan dengan laman sosial anda. Contoh, Twitter, Google+ dan sterusnya.
• URL - Gantikan dengan URL laman sosial anda.

Sekarang Terpulang Kepada Anda

Jadi, anda ada mengalami sebarang kesukaran atau masalah?

Mohon komen di bawah dan jangan lupa nak share di facebook!

Saya sedia membantu anda.

Danial Abdul Rahim @ Danialde4
Pencinta Islam yang berjiwa seni. Peminat Dr. Azizan Osman. Pengasas Seni Bina Blog. (Bakal)Jutawan Blogger Malaysia pada Jun 2021

7 Tips Terbaik Menulis Tentang Pengarang [Bonus Widget]Danial Abdul RahimRating: 5

Amirul Hakim