Qurban & Aqiqah di Kemboja

Filled Under:

Tips Kepada Pelajar-Pelajar Sains Sukan


Apa2 pun mesti dimulakan dengan bismillah dan berdoa untuk mendapat keberkatan yang Maha Esa:)

1. Kuasai istilah2 dalam Sains Sukan, definisi umum topik dari setiap topik / tunjang

2. Memahami kata soalan dani kehendak soalan serta perlu bijak mngurus dan mengagihkan masa untuk menjawab soalan struktur dan esei

3. Menjawab berdasarkan markah yang diberi

4. Pilih dan jawab soalan yang anda ketahui dan yakin dengan jawapan

5. Tinggalkan soalan yang sukar dahulu

6. Sekiranya fakta-fakta utama terlupa fakta yang berkaitan, logik dan berkaitan akan diberi markah.

7. Bagi soalan esei teknik pengolahan adalah sangat penting dan diolah mengikut urutan kaedah FAKTA. BUKTI & CTH (FBC)

8. Kesilapan tatabahasa dalam pengolahan tidak akan menjejaskan markah.

9. Gambarajah, jadual, graf atau peta minda yang menyokong fakta-fakta yang anda berikan akan menambah markah.

10. Soalan esei yang mempunyai pecahan soalan seperti a) b) c) adalah lebih mudah berbanding dengan soalan yang tunggal.

11. Terdapat soalan yang mudah tetapi sukar untuk mendapatkan fakta-fakta perlu dielakkan.

12. Penggunaan istilah-istilah sains sukan adalah diwajibkan.

13. Sekiranya semasa menjawab soalan esei/struktur dan tiba-tiba anda mendapat idea atau fakta untuk soalan lain, catatkan fakta tersebut di soalan yang berkaitan agar tidak terlupa.

14. Gunakan pergerakan fizikal semasa menjawab untuk mendapat kepastian yang maksima untuk mendapatkan kepastian jenis pergerakan tersebut.

15. Gunakan bahasa yang mudah.

16. Sekiranya ada masa anda boleh menambah jawapan bagi soalan esei.

17. Tulisan hendaklah mudah dibaca, tidak berbunga-bunga dan digalakkan menggunakan pen berdakwat kering berwarna biru untuk mengelak daripada kerosakan kertas jawapan.



Tips Kepada Pelajar-Pelajar Sains SukanAmirul HakimRating: 5


Amirul Hakim